KANO, Nigeria, 30 Okt – Kira-kira lima orang terkorban hari ini apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid di timur laut Nigeria, kata seorang anggota militia yang membantu tentera menentang kumpulan jihad Boko Haram.
Ketua Pasukan Petugas Bersama Awam (CJTF) di Ajiri Yala, kira-kira 15km (10 batu) utara Maiduguri, berkata serangan itu berlaku kira-kira jam 4:30 pagi (0330 GMT).
“Seorang pengebom nekad lelaki menyamar sebagai jemaah telah memasuki masjid semasa jemaah Islam berkumpul untuk solat Subuh,” katanya kepada AFP menerusi telefon.
“Dia telah meledakkan bahan letupan yang mengorbankan lima orang manakala beberapa lagi cedera.” – AFP