QUETTA, Pakistan, 9 Okt – Lelaki bersenjata hari ini membunuh lima orang termasuk tiga Syiah di wilayah bergolak Balochistan, Pakistan dalam serangan sektarian terbaru ke atas minoriti agama, kata polis.
Dua lelaki menunggang motosikal menyerang sebuah kenderaan yang membawa empat penjual sayur penganut Syiah ketika ia meninggalkan bandar wilayah Quetta.
“Polis tempatan sering mengiringi penjual sayur penganut Syiah setiap hari…salah sebuah kenderaan menjadi mangsa tembakan hendap selepas ia terpisah dari konvoi lain,” kata pegawai polis kanan tempatan, Abdul Razzaq Cheema memberitahu AFP.
Katanya lelaki bersenjata membunuh tiga Syiah dari minoriti etnik Hazara serta pemandu van dan pejalan kaki. Seorang penjual sayur mengalami luka tembakan namun terselamat. – AFP