Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut, kenderaan mini terbalik

    TOKYO, 3 OKT – Lima maut apabila sebuah kenderaan mini yang membawa enam orang terbalik di lebuh raya Jepun hari ini, menurut media tempatan.

    Menurut Kyodo News, polis menerima panggilan kecemasan sejurus selepas tengah malam Khamis di Laluan 165, Bandar Nabari.

    Dua lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 30an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

    Seorang lagi lelaki yang turut berada dalam kenderaan itu cedera parah.

    Polis kini sedang mengenal pasti identiti mangsa dan menyiasat punca nahas, dengan kemungkinan bahawa kenderaan terbabit terlebih muatan. – Bernama

    Kenderaan mini yang mengorbankan lima orang dalam satu kemalangan. – Kyodo News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda