Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut letupan majlis kahwin

    JALALABAD, Afghanistan, 12 JULAI – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera apabila seorang pengebom nekad meletup dirinya di kalangan hadirin majlis perkahwinan di timur wilayah Afghanistan Nangarhar, kata seorang pegawai hari ini.

    Kejadian itu berlaku pada pagi apabila orang ramai sedang menghadiri satu majlis perkahwinan di rumah komander militia prokerajaan, Malik Toor di daerah Pachir Agam, beritahu jurucakap kerajaan wilayah Ataullah Khogyani kepada Xinhua.

    “Lima orang terkorban dan lebih 40 yang lain cedera dalam letupan. Mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital besar di ibu negeri wilayah Jalalabad,” kata jurucakap.

    Angka tersebut dikhuatiri meningkat memandangkan beberapa mangsa cedera berada dalam keadaan serius, kata sumber.

    Tidak ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab setakat ini, namun kumpulan militan Taliban menafi pejuangnya terlibat dalam serangan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda