Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut nahas pesawat di Nevada

    STAGECOACH, NEVADA, 26 FEB – Kesemua lima individu yang menaiki pesawat pengangkutan perubatan, termasuk seorang pesakit, terbunuh dalam nahas membabitkan kapal terbang itu di kawasan pergunungan di utara Nevada, malam kelmarin.

    Pejabat Syerif Daerah Lyon berkata, pihak berkuasa menerima panggilan mengenai nahas itu yang berlaku berhampiran Stagecoach, Nevada, sekitar 9:15 malam dan menemui serpihan pesawat itu dua jam kemudian.

    Care Flight yang menyediakan perkhidmatan ambulans dengan kapal terbang dan helikopter, memaklumkan mangsa yang maut termasuk juruterbang, jururawat penerbangan, paramedik, pesakit dan ahli keluarga mereka. Semalam, Reno Gazette Journal melaporkan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Barry Duplantis berkata ahli keluarga kelima-lima mangsa telah dimaklumkan mengenai insiden itu.

    Nahas itu berlaku di tengah-tengah amaran ribut musim sejuk yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Reno untuk sebahagian besar Nevada, termasuk di bahagian Lyon. Perkhidmatan cuaca menjangkakan salji tebal, tiupan angin kencang sehingga 104 kilometer sejam kira-kira jam 4 pagi Jumaat lalu dan 4 pagi tadi.

    Syarikat itu dalam satu kenyataan, berkata ketika ini pihaknya menghentikan penerbangan lain bagi memberi tumpuan dalam membantu agensi lain termasuk pasukan penyelamat dan keluarga mangsa. – AP

    Sebuah kapal terbang Care Flight yang membawa seorang pesakit dan empat yang lain terhempas di Lyon County, Nevada pada 25 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda