5 maut runtuhan batu di barat daya China

CHENGDU, CHINA, 10 MEI – Lima maut dalam kejadian runtuhan batu di Kaunti Rongxian, Wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 2:30 petang kelmarin di sebuah kampung di Rongxian.

Operasi menyelamat telah ditamatkan pada tengah malam selepas mayat kelima ditemukan.

Siasatan mengenai punca kejadian tersebut sedang dijalankan. – Bernama