Monday, May 29, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    5 maut selepas Mocha mendarat di Myanmar

    YANGON, 15 MEI – Lima orang terbunuh selepas taufan siklon Mocha yang sangat teruk melanda Myanmar kelmarin, lapor media kerajaan hari ini.

    “Disebabkan persiapan yang baik, ribut kuat itu berjaya diatasi dengan kesan minimum,” kata Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC), Min Aung Hlaing hari ini.

    Jumlah kematian termasuk dua dari perbandaran Tachileik di Negeri Shan, masing-masing satu dari bandar Sittwe dan Taungup di Negeri Rakhine dan satu dari bandar Yekyi di Wilayah Ayeyarwady.

    Menurut laporan media, taufan Mocha merosakkan 864 buah rumah, 11 bangunan keagamaan, 16 biara, 64 sekolah, 14 hospital dan klinik, tujuh menara telekom, 71 tiang lampu dan 38 bangunan jabatan.

    Wilayah-wilayah dan negeri yang dilanda Mocha termasuk Rakhine, Ayeyarwady, Bago, Yangon, Magway, Sagaing, Chin, Mandalay dan Kawasan Majlis Nay Pyi Taw, menurut laporan media itu.

    Penduduk tempatan menunggang motosikal di jalan raya sementara pokok-pokok tumbang berhampiran masjid selepas Taufan Mocha melanda di perbandaran Sittwe, Negeri Rakhine, Myanmar, kelmarin. – AP

    Mocha mendarat berhampiran Sittwe di negeri Rakhine di barat Myanmar kelmarin, dengan kelajuan angin sehingga kira-kira 209kmsj dan menyebabkan kehilangan harta benda di hampir 500 wad dan kampung di negara itu.

    Siasatan lanjut untuk mengesahkan lebih banyak kesan dan kehilangan harta benda sedang dijalankan di bandar-bandar di negeri Rakhine dan Chin, menurut laporan itu.

    Myanmar hari ini mengisytiharkan 17 perbandaran di Negeri Rakhine sebagai kawasan yang dilanda bencana alam setelah melaporkan kehilangan harta benda paling teruk akibat taufan Mocha di negara itu.

    Menurut laporan agensi cuaca Myanmar pada petang hari ini, taufan Mocha telah menjadi lemah kepada lekukan tekanan rendah di China. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -