Tuesday, February 25, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut serangan di Kabul

    KABUL, 8 Nov – Kira-kira lima orang terbunuh dan 21 orang lagi tercedera dalam serangan pengganas ke atas sebuah stesen saluran televisyen tempatan di Kabul semalam, menurut pihak berkuasa.

    Kejadian berlaku pada sebelah pagi selepas dua orang pengganas menyerang Shamshad TV, sebuah saluran bahasa Pashto swasta, di kawasan Chaman-e-Huzun, satu sumber keselamatan yang merahsiakan identitinya memberitahu Xinhua di tempat kejadian itu.

    Para penyerang yang menyamar dengan memakai seragam polis, berlindung di sebuah bangunan stesen itu dan berbalas-balas tembakan dengan pasukan Unit Tindakan Krisis (CRU), Operasi Khas, yang tiba tidak lama selepas serangan.

    CRU juga menyelamatkan ramai wartawan dan para pekerja media dan empat kakitangan jabatan bomba polis Kabul.

    Butiran seterusnya tentang kejadian itu masih akan diberikan di tengah ketiadaan sebarang kenyataan rasmi.

    Kumpulan pengganas Islam IS (IS) mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu. Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan Jawatankuasa Keselamatan Wartawan Afghan (AJSC) kumpulan keselamatan media bebas, sekeras-kerasnya menyelar kejadian itu.

    Saluran keluar media dan wartawan kerap diserang di negara yang dicengkam ketenteraan, dengan 10 orang wartawan Afghanistan dan pekerja-pekerja media dibunuh dalam tempoh separuh pertama tahun ini, menurut AJSC. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda