Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut serangan pemberontak

    YANGON, 29 Ogos – Lima penduduk telah terbunuh dalam serangan berterusan oleh kumpulan pemberontak di Maungtaw, Rakhine Myanmar pada hujung minggu lepas, menurut Pejabat Penasihat Negeri hari ini, lapor agensi berita China, Xinhua.

    Penduduk kampung diserang kira-kira 100 pemberontak bersenjatakan parang dan kayu.

    Bagaimanapun, 55 lagi penduduk kampung yang terlibat dalam serangan tersebut telah berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan yang tiba di kampung tersebut.

    Seorang anggota polis sempadan Myanmar diusung ke jeti Buthidaung pada 29 Ogos 2017, sebelum dibawa menggunakan sebuah bot yang menuju selatan ke bandar Sittwe. Lima penduduk terbunuh dalam serangan berterusan oleh kumpulan pemberontak di Maungtaw, Rakhine Myanmar pada hujung minggu lepas. – AFP

    Keganasan berterusan sehingga semalam, apabila pemberontak menyerang pasukan keselamatan menggunakan bahan letupan dan senjata kecil menyebabkan seorang anggota polis serta orang awam cedera.

    Sejak Ahad hingga semalam, tujuh buah kampung, satu pos polis dan dua wad di Maungtaw dibakar.

    Angka kematian sejak keganasan meletus Jumaat lepas kini meningkat 110 orang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda