WESTMORELAND,Tenn, 28 April – Seorang pegawai di kawasan luar bandar, Tennessee menembak mangsa dalam siasatan ke atas penemuan lima mayat di dua buah rumah, yang menamatkan usaha pemburuan selama beberapa jam semalam yang berakhir dengan penangkapannya.
Jurucakap Biro Siasatan Tennesse (TBI) Josh DeVine berkata Michael Cummins, 25 tahun ditahan malam itu kira-kira 1.6 kilometer jauhnya dari salah satu tempat jenayah dilakukan di Wilayah Sumner.
Cummins yang ditembak selepas dia muncul dari hutan kecil, dipercayai telah mengeluarkan beberapa senjata dan situasi memuncak, menurut DeVine. Cummins sedang dirawat di hospital setempat bagi kecederaan yang tidak membahayakan nyawanya, menurut DeVine. – AP