5 pekerja asing lari daripada majikan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan lima orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Mohammad Syalafudin, 32, dengan nombor pasport, B9236851.

Sementara itu, laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait, Daerah Polis Belait, mengenai empat orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Altaf Hossain, 38, dengan nombor kad pengenalan, 51-368956 (hijau); Kapil Uddin, 31, dengan nombor kad pengenalan 51-378933 (hijau); Aminur Miah, 40, dengan nombor kad pengenalan 51-416653 (hijau) dan Mohammad Saiful Sarder, 41, dengan nombor kad pengenalan, 51-379337 (hijau).

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.police.gov.bn dan bagi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki-lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2661334, Balai Polis Kuala Belait, Daerah Polis Belait melalui talian, 3334324, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Altaf Hossain
Aminur Miah
Kapil Uddin
Mohammad Saiful Sarder
Mohammad Syalafudin