Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    5 pelajar UTB berlepas ke Florida

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Lima orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, Sekolah Perniagaan, Sekolah Pengkomputeran dan Infomatik (SCI) dan Pusat bagi Komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran (CCTL), Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah belepas ke Florida, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

    Pelajar-pelajar berkenaan memulakan program penempatan selama enam bulan bersama Piper Aircraft Inc di bawah Program ExperiencePLUS UTB, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UTB, di sini.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas kepada kumpulan pelajar berkenaan ialah Pendaftar dan Setiausaha bagi UTB, Lim Chui Hua; Dekan SCI, Dr Haji Sharul Tazrajiman bin Haji Tajuddin; Dekan CCTL, Dr Norihan binti Abu Hassan; Timbalan Pendaftar (Akademik), Dayang Elizah binti Radin Mas Ismail; Timbalan Dekan (Akademik), Pengiran Dr Seri Rahayu binti Pengiran Ya’akub; Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan UTB, Dr Mohamed Ismail Seyed Mohamed Buhari; Penyelaras Piper, Dr Lee Kok Yueh; Pejabat Pendaftar, Pejabat Komunikasi Korporat, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Unit Keagamaan dan kakitangan SCI serta CCTL.

    Kumpulan pelajar berkenaan merupakan kohort kesembilan program penempatan sejak penubuhan kerjasama antara UTB dan Piper Aircraft pada 2013 menerusi memorandum persefahaman.

    Para pelajar berkenaan ialah Liew Yu Loeng, Liew Se Hau, Awang Muhammad Amin Syaffieq bin Roslan, Dayang Nurul ‘Aina Izzati binti Mohd Yusmin dan Dayang Mu’izzah Zafirah binti Matussin yang telah mempamerkan prestasi akademik cemerlang dan pencapaian baik sepanjang proses pemilihan yang dikendalikan oleh UTB dan Piper Aircraft.

    Di bawah payung kerjasama dengan Piper Aircraft, pelajar-pelajar UTB yang terpilih akan menerima latihan industri bagi meningkatkan lagi pengalaman industri dan praktikal mereka sebagai sebahagian daripada pengajian ijazah mereka.

    Doa Selamat dibacakan sebelum para pelajar berlepas. – GAMBAR SERAHAN UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...