Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 pendaki Rusia maut di Gunung Dhaulagiri

    KATHMANDU, 8 OKT – Lima pendaki Rusia yang dilaporkan hilang Ahad lalu ketika turun dari Gunung Dhaulagiri ditemukan maut, hari ini.

    Pasukan pencarian menemukan kesemua pendaki Rusia itu pada ketinggian 7,100 meter (m) di puncak gunung, yang merupakan gunung ketujuh tertinggi di dunia pada ketinggian 8,167m yang terletak di Nepal.

    “Walaupun lima daripada mereka ditemukan maut, seorang telah diselamatkan,” kata Pengarah Urusan IAM Trekking and Expeditions, Funuru Sherpa, yang mengendalikan ekspedisi pendaki Rusia itu.

    Beliau memberitahu Xinhua, semua mangsa ditemukan di lokasi yang sama.

    Seramai 14 pendaki Rusia cuba menawan Gunung Dhaulagiri, dan lapan daripada mereka telah turun selepas berjaya mendaki puncak, katanya.

    Beliau juga memaklumkan pendaki yang maut kali terakhir berkomunikasi dengan rakan senegara mereka Ahad lalu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda