Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 penganut Yahudi cedera ditikam di AS

    NEW YORK, 29 DIS – Beberapa orang cedera ditikam menggunakan pisau dalam satu kejadian di sebuah rumah ibadat penganut Yahudi di sini, malam tadi, kata sebuah kumpulan hal ehwal awam.

    Menurut Majlis Hal Ehwal Awam Yahudi Ortodok (OJPAC) di Twitter, satu panggilan diterima pada jam 9:50 malam (waktu tempatan) membabitkan satu serangan tikaman.

    “Difahamkan lima orang cedera selepas diserang dengan pisau di sebuah pusat ibadat Yahudi Hasidic. “Semua mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital,” kata OJPAC.Dua daripada mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal. – AFP

    Dua pegawai polis berdiri mengawal ketika para wartawan berkumpul di luar rumah rabai di mana serangan tikaman berlaku semasa perayaan Yahudi Hanukkah, di Monsey, New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda