Tuesday, April 8, 2025
29.6 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

5 pengunjung Jerayawara Mitsubishi menang baucar

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – GHK Motors Sdn Bhd hari ini telah mengadakan majlis cabutan dan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah Snap & Win yang diadakan sebagai salah satu aktiviti Jerayawara Mitsubishi yang diadakan di Aras Bawah, The Mall, Gadong.

Majlis menyaksikan lima orang pemenang bertuah iaitu Dayangku Nor Liyana binti Pengiran Johari, Dayang Nur Farah Syazana binti Jailani, Ong Jen Kui @ James Ong Jen Kui, Dayang Fathima Beevi binti Abdul Rasheed dan Dayang Siti Nur ‘Aqilah binti Haji Abu Hanafiah masing-masing menerima baucar tunai $100.

Cabutan nama-nama pemenang telah dibuat oleh Pengarah GHK Motors, Jake Goh dan Pengurus Besar Bahagian Penjualan Mitsubishi, Au Thien Kiong.

Dalam Cabutan Bertuah Snap & Win itu, pengunjung hanya perlu mengambil gambar mana-mana kereta Mitsubishi yang dipamerkan sepanjang jerayawara tersebut, berakhir hari ini, dan memuat naik gambar berkenaan di akaun Instagram mereka.

Jake Goh bergambar ramai bersama para pemanang Cabutan Bertuah Snap & Win, Jerayawara Mitsubishi. – Gambar oleh Muiz Matdani
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda