Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 perompak bersenjata jalani hukuman mati

    TEHRAN, 1 JAN – Iran hari ini telah melaksanakan hukuman mati kepada lima orang yang disabitkan atas pelbagai ‘rompakan bersenjata dan samun yang menyebabkan jalan raya tidak selamat dan menyebarkan keganasan di kalangan orang ramai,’ kata laman web Badan Kehakiman Mizan Online.

    Kelima-lima mereka telah mencuri ternakan dan bahan binaan di beberapa kawasan, termasuk wilayah Alborz di barat Tehran, tambah Mizan tanpa memberitahu bila mereka ditangkap, dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.

    “Hukuman mati terhadap lima orang banduan itu dilaksanakan pagi ini,” kata Mizan, memetik Ketua Hakim wilayah Alborz, Hossein Fazeli-Harikandi.

    Iran menghukum mati lebih ramai orang setiap tahun berbanding negara lain kecuali China, menurut kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International.

    Iran secara amnya melaksanakan hukuman gantung. Kumpulan Hak Asasi Manusia Iran yang berpangkalan di Norway berkata pada November tahun lalu, Iran telah membunuh lebih 700 orang, angka tertinggi dalam lapan tahun. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda