LESVOS, Greece, 19 Julai – Lima pegawai polis cedera ringan dan kira-kira 30 penunjuk perasaan ditahan kelmarin selepas protes di dalam kem pelarian Moria di pulau Lesvos, menurut pihak berkuasa tempatan.
Kebanyakan penduduk perkhemahan yang terlibat dalam pertempuran itu adalah warga Afrika, kata sumber polis kepada Xinhua, seperti yang berlaku pada 10 Julai apabila rusuhan serupa berlaku di pusat pelarian yang sama.
Pada hari Selasa, beratus-ratus pelarian, termasuk ibu bapa yang membawa anak damit dan warga tua, meninggalkan Moria, tatkala penunjuk perasaan melempar batu pada pegawai polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk mendamaikan orang ramai dan Bomba Brigade memadamkan kebakaran di kawasan yang berdekatan.
Menurut sumber polis, penunjuk perasaan telah mencetuskan kebakaran untuk memberi perhatian dan menghalang pihak bomba. Walau bagaimanapun, kebakaran itu dapat dipadamkan dengan menggunakan pesawat air, kata pihak bomba Brigade tempatan. – Xinhua