Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 rumah di Sourabaya Ulu musnah terbakar

    KUCHING, 16 FEB – Lima buah rumah di Kampung Sourabaya Ulu di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian itu telah diterima pada pukul 7:50 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba Petrajaya digegaskan ke lokasi kejadian.

    “Kebakaran itu melibatkan lima buah rumah, tiga daripadanya terbakar 100 peratus manakala dua lagi terbakar dalam 40 peratus.

    “Seramai 21 mangsa terlibat dalam kebakaran itu, bagaimanapun tiada mangsa yang tercedera,” katanya.

    Menurut jurucakap itu, punca kejadian masih disiasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda