Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 31 Julai – Lima kompaun telah dikeluarkan kepada beberapa buah syarikat dan pemilik restoran di Pekan Tutong, Daerah Tutong dalam Operasi Bersepadu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan dari Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong, Pejabat Kesihatan Tutong dan Polis Diraja Brunei Daerah Tutong baru-baru ini.

    Antara syarikat yang dikenakan kompaun sebanyak $200 ialah Bismi Trading Sendirian Berhad, Teguh Raya Department Store Sendirian Berhad,

    Al-Habib Restaurant Sendirian Berhad, Restoran Hyrun Sendirian Berhad dan Restoran Nasi Ayam WYWY atas kesalahan-kesalahan di bawah bab 12 (1) (A) dan Bab 12 (1) (B) Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 dan dikehendaki menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh seminggu.

    Syarikat-syarikat tersebut juga dikeluarkan amaran agar tidak melakukan kesalahan sama kali kedua yang boleh didenda sehingga $3,000 dan dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Sehubungan itu, orang ramai dan pemilik-pemilik premis perniagaan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan di kawasan sekeliling mereka dan membuang sampah di tempat yang telah disediakan.

    Menurut bahagian itu, pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan Akta Kesalahan Kecil Penggal 30 sentiasa dipatuhi dalam usaha memastikan persekitaran Daerah Tutong sentiasa dalam keadaan bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda