Monday, March 10, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 tahun menghilang, Lee Dong Gun kembali aktif

    Lima tahun menghilangkan diri, pelakon Lee Dong Gun membuat kejutan apabila mengumumkan kemunculan semula dalam bidang seni.

    Dong Gun, 45, turut menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi W+ yang akan menguruskan karier lakonannya selepas ini.

    “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Lee Dong Gun yang telah disayangi oleh orang ramai.

    “Kemahiran lakonan dan daya tarikannya yang berbakat selama ini membuatkan orang ramai mahu dia kembali berlakon,” katanya.

    Dalam pada itu, agensinya turut menzahirkan harapan agar Dong Gun dapat mencabar dirinya dengan pelbagai watak berbeza dalam projek akan datang.

    Malah W+ yakin kepulangannya selepas lima tahun menyepi akan mendapat sambutan hangat daripada peminat yang merindui bakatnya.

    “Kami akan memberikan sokongan penuh untuk membantunya mengembangkan spektrumnya sebagai pelakon.

    “Kami berharap semua orang berasa tidak sabar untuk menyaksikan bakatnya akan datang selepas lima tahun menyepi,” ujarnya.

    Untuk rekod, Dong Gun dan aktres Jo Yoon Hee berkahwin pada 2017, namun bercerai selepas tiga tahun bersama.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Roa yang kini berusia 8 tahun.

    Sejak bercerai dengan Yoon Hee, Dong Gun tiba-tiba menghilangkan diri sehingga ramai menyangka dia sudah bersara. – Agensi

    Selepas bercerai, ramai menganggap Dong Gun sudah bersara dari industri seni. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda