KIRKUK, Iraq, 19 Julai – Seramai lima orang termasuk empat orang awam dan seorang anggota polis, terbunuh kelmarin dalam serangan oleh militan Islamic State (IS) di sebuah kampung berhampiran bandar utara Iraq, Kirkuk. kata sumber polis tempatan.
Para ekstremis pada awal pagi menyerbu kampung Chragh berhampiran bandar Debis, kira-kira 40 km barat Kirkuk dan menembak seorang anggota polis, ulama masjid tempatan dan tiga orang awam, kata sumber kepada Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Penyerang melarikan diri sebelum pasukan keselamatan Iraq tiba di kampung itu, kata sumber itu.
Pasukan keselamatan Iraq telah membebaskan bandar Mosul yang kedua terbesar di Iraq, tetapi kawasan luar bandar berhampiran bandar Hawijah di barat Kirkuk, bandar Tal Afar di barat Mosul, kawasan luas di bahagian timur wilayah Salahudin dan kawasan Berhampiran sempadan dengan jiran Syria masih di bawah kawalan IS.
Pada 10 Julai, Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi secara rasmi mengisytiharkan pembebasan Mosul dari IS selepas hampir sembilan bulan pertempuran sengit untuk melepaskan militan ekstrem dari kubu kuat terakhir mereka di Iraq. – Xinhua