Ramai individu yang suka warnakan rambut dengan bermacam-macam warna tanpa mengira lelaki atau pun perempuan.
Untuk mendapatkan warna yang terang, awda perlu bleach rambut awda sampai tiga atau empat kali agar ia kelihatan lebih menyerlah.
Tapi, ingat! Rambut yang diwarna dan di bleach memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
Jika tidak, warna idaman awda akan cepat pudar dan rambut akan cepat rosak.
Oleh itu, dikongsikan tip untuk mengekalkan warna rambut awda selepas mewarnakannya.
1. HADKAN MENCUCI RAMBUT
Kekalkan warna rambut daripada mencucinya secara kerap. Selepas tiga hari pertama mewarnakan rambut, jangan syampu atau cuci rambut awda.
Jika rambut mula berminyak, awda boleh mencuba gunakan sedikit semburan dry shampoo di mana ia bukan sahaja menjaga kebersihan rambut tetapi juga membantu memastikan rambut dan kulit kepala berbau harum.
2. SYAMPU KHAS
Sekiranya rambut awda berwarna, lebih baik mengunakan produk rambut yang khas khususnya untuk rambut berwarna.
Setiap syampu mempunyai fungsi yang berbeza, selepas proses mewarnakan rambut.
Jadi, adalah disarankan supaya awda menunggu sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mencuci rambut dengan syampu. Ini akan membolehkan warna melekat dengan sempurna pada rambut.
3. SERUM RAMBUT
Jangan lupa untuk menggunakan serum rambut dalam rutin penjagaan awda. Serum bukan hanya sekadar menguatkan kilauan alami rambut, tetapi juga berfungsi sebagai pelindung yang mengurangkan kepudaran warna pada rambut awda.
Selepas mewarnakan rambut, ia akan mudah kering. Oleh itu, awda perlu menggunakan serum rambut untuk mengelakkan rambut kering dan mengembalikan tekstur semula jadi, menjadikannya lebih lembut, berkilau, dan terpelihara dengan baik.
4. CUCI RAMBUT DENGAN AIR SEJUK
Penggunaan air panas ketika mencuci rambut ternyata boleh mempercepatkan proses pemudaran warna.
Air panas berpotensi mengangkat lapisan pelindung warna, mengakibatkan warna rambut menjadi pudar.
Oleh itu, selepas menggunakan syampu dan perapi, awda disarankan untuk membilas rambut dengan air sejuk, bagi memastikan warna rambut yang diwarna tahan lebih lama.
5. KURANGKAN PENGUNAAN ALAT PENGGAYA RAMBUT
Pendedahan rambut kepada haba berlebihan, terutama daripada alat penggayaan rambut seperti pengering dan pengepit rambut, boleh merosakkan struktur rambut yang telah diwarna.
Selain daripada mempercepatkan pemudaran warna, penggunaan alat tersebut juga boleh menyebabkan rambut menjadi lebih rapuh dan kering.
Walaupun alat penggaya rambut boleh digunakan, awda disarankan agar menangguhkannya untuk beberapa waktu selepas proses pewarnaan.
Jika perlu menggunakannya, cuba kurangkan frekuensinya dan pastikan mengaplikasikan perlindungan haba terlebih dahulu untuk meminimumkan kerosakan. – Agensi