CARACAS, 31 Jan – Pihak berkuasa Venezuela telah menahan lima wartawan asing yang membuat liputan mengenai penentangan anggota pembangkang yang menggesa bagi penyingkiran Presiden Nicolas Maduro.
Dua lagi wartawan dari Chile telah dihantar pulang ketika penekanan dikenakan kepada wartawan yang membuat liputan mengenai negara pengeluaran minyak itu yang kini ekonominya lumpuh akibat krisis terbaharu.
Mereka yang ditahan itu adalah dua warga Perancis, dua warga Colombia dan seorang warga Sepanyol.
Tiga orang dari mereka adalah petugas bagi agensi berita kebangsaan Sepanyol, Efe dan kesemuanya tiba dari Colombia untuk meliputi berita kekacauan yang semakin meningkat di Venezuela.
Penahanan mereka dilaporkan oleh ketua biro Efe di Venezuela, Nelida Fernandez.
Dua wartawan Perancis yang bekerja untuk program televisyen yang dipanggil Quotidien ditahan Selasa lalu ketika membuat penggambaran di luar istana presiden, menurut sumber diplomatik. Penerbit tempatan yang bekerja dengan mereka juga ditahan.
Dua wartawan stesen televisyen Chile telah ditahan malam Selasa berhampiran istana presiden dan ditahan selama 14 jam sebelum diusir dari negara itu, kata Menteri Luar Chile, Roberto Ampuero. – AFP