Oleh Lyna Mohamad – BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Seramai 50 ahli Dewan Perniagaan India Brunei telah menyertai penerbangan sulung Diraja Brunei (RB) ke Chennai, India, kelmarin. Delegasi penerbangan itu diketuai oleh presidennya, Nazeer Ahmed Zackaria. Dalam pada itu, beliau juga akan menghadiri Majlis Makan Malam Gala yang dianjurkan oleh RB bersama tetamu jemputan

