JOHANNESBURG, 30 Mei – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa pada Rabu malam melantik 50 peratus wanita menyertai barisan kabinet baharunya, lapor agensi berita Anadolu.
“Buat pertama kali dalam sejarah negara, separuh daripada keseluruhan menteri adalah wanita,” katanya dalam satu siaran televisyen.
Ramaphosa berkata bilangan menteri dikurangkan daripada 36 kepada 28 dengan menggabungkan beberapa jawatan sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan selain untuk meningkatkan kecekapan.
Ramaphosa, 66, mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu sebagai presiden keenam Afrika Selatan yang dipilih secara demokratik. – Bernama