Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 anak yatim RPN Kg Panchor Mengkubau terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Anak-anak yatim di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau terus diberikan perhatian terutama sekali ketika gelombang kedua COVID-19 di negara ini.

    Baru-baru ini, 50 orang anak yatim menerima sumbangan penduduk kampung dan orang ramai yang telah disampaikan oleh Kumpulan Ikhwanul Mahabbah Panchor Mengkubau secara pandu lalu di Jalan Bukit Sinadur, RPN Panchor Mengkubau.

    Dengan adanya sumbangan yang dihulurkan ini, ia diharap akan dapat meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terjejas akibat COVID-19.

    Kumpulan Ikhwanul Mahabbah Panchor Mengkubau sebelum ini turut membantu dan menyampaikan sumbangan orang ramai kepada pertugas barisan hadapan dan golongan yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

    Sumbangan untuk anak-anak yatim disampaikan secara pandu lalu.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda