Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 hadiri taklimat Perintah Kanun Tanah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Kementerian Pembangunan meneruskan lagi siri taklimat pembarigaan mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 (LCAO 2025) yang diadakan di Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), kelmarin. 
     
    Taklimat dihadiri oleh kira-kira 50 orang pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan daerah dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK). Taklimat disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, Dayang Nuruljannah binti Haji Alim; dan Pegawai Tanah Kanan dari Jabatan Tanah, Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi. 
     
    Turut hadir semasa taklimat tersebut adalah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Muhammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann; Timbalan Pengarah Imigresen, JIPK, Haji Hairone bin Haji Abdul Rahman; Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad; penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah, ahli-ahli Jawatankuasa Unit LCAO 2025 serta pegawai-pegawai dari Jabatan Tanah.
     
    Taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai perlaksanaan dan implikasi pindaan perintah berkenaan. 
     
    Antara yang hadir pada taklimat di Jabatan Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    Taklimat pembarigaan mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda