Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 hadiri taklimat PMKS BIBD

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), baru-baru ini, telah mengambil inisiatif dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk memupuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutama dari peringkat bawah, dengan menyampaikan taklimat kepada 50 orang graduan dan ahli alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Taklimat diadakan bagi mempamerkan alat-alat dan tip perniagaan terutama bagi yang baru memulakan perniagaan, graduan dan pengusaha yang berpotensi. Pada waktu yang sama, acara tersebut mengongsikan persekitaran perniagaan tempatan, peluang dan cabaran perusahaan dalam negara.

    Taklimat selama dua jam itu telah dikendalikan oleh Pengurus Kanan Pemasaran Jualan Korporat dari Kumpulan Perbankan Kor-porat BIBD, Pengiran Sanusi Iskandar bin Pengiran Haji Ismail.

    Pengiran Sanusi Iskandar bergambar ramai bersama para graduan dan ahli alumni UNISSA.
    Pengiran Sanusi Iskandar bergambar ramai bersama para graduan dan ahli alumni UNISSA.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda