Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 juta terselamat kempen HIV, TB, malaria

    GENEVA, 12 SEPT – Kempen memerangi HIV, tuberkulosis (TB) dan malaria berjaya menyelamatkan 50 juta nyawa dalam tempoh 20 tahun lalu, menurut Global Fund hari ini, sambil merayu AS$18 bilion untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa lagi.

    “Kami telah mencatat kemajuan besar,” kata kumpulan perkongsian global yang ditubuhkan pada 2002 untuk memerangi tiga penyakit yang membawa maut itu dalam laporan tahunannya, dengan kadar kematian telah berkura-ngan separuh sejak itu.

    “Namun kempen kami masih belum berakhir,” katanya, merujuk kepada pelbagai krisis yang meletus, termasuk perubahan iklim, konflik dan pandemik COVID, yang ‘mengancam akan menjejaskan usaha kami.’

    Global Fund akan mengadakan persidangan pada minggu depan di New York, di mana ia berhasrat mengumpul dana berjumlah sekurang-kurangnya AS$18 bilion untuk membiayai programnya dari 2024 hingga 2026.

    Dana itu, yang mengumpul bersama kerajaan, agensi, rakan, kumpulan persatuan awam, golongan yang terjejas oleh penyakit dan sektor swasta, meramalkan pembiayaan akan membantu mengurangkan kematian HIV, TB dan malaria sebanyak dua pertiga dan menyelamatkan 20 juta nyawa.

    Tahun lalu, Global Fund mengingatkan pandemik memberikan kesan ‘teruk’ ke atas usaha untuk menghapus HIV, tuberkulosis dan malaria, membawa kepada keputusan yang merosot untuk kali pertama dalam sejarah dana.

    Namun ia berkata hari ini sumber besar yang telah disalurkannya untuk kempen memerangi kesan negatif itu telah mencatat hasil yang memberangsangkan.

    Sejak Mac 2020, Global Fund berkata ia telah melabur lebih AS$4.4 bilion untuk memerangi pandemik dan mengurangkan kesannya ke atas program. – AFP

    Kempen memerangi HIV, tuberkulosis dan malaria berjaya menyelamatkan 50 juta nyawa dalam tempoh 20 tahun lalu, menurut Global Fund.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda