Oleh Daniel Lim BELAIT, 19 JUN – Seramai 50 orang telah tampil menderma darah pada kempen derma darah yang diadakan di tingkat satu Pusat Membeli-belah KBSentral, baru-baru ini. Kempen yang dianjurkan oleh pusat membeli-belah berkenaan dengan bantuan Unit Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan itu diadakan bagi membantu memastikan bekalan darah mencukupi bagi mereka yang