Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Sebanyak 50 pain darah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Belait dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan.
Antara objektif kempen ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan banyak nyawa dan membantu pihak Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS menambah stok darah yang ada pada masa ini.
Kempen derma darah seumpamanya akan diteruskan di Daerah Belait pada 5 November nanti.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir menderma darah yang akan bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Pandan.
Kempen derma darah seterusnya akan diadakan di Daerah Brunei dan Muara selama dua hari iaitu pada 15 dan 17 Disember bertempat di Dewan Riadah Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
