Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 pelajar, guru adakan lawatan sambil belajar ke BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sebagai sebahagian daripada komitmen Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mendekati masyarakat, lebih 50 pelajar dan guru dari Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid, Kampung Menunggol dibawa melawat dan meninjau kemudahan di bank tersebut pada lawatan sambil belajar ke ibu pejabat bank itu di ibu negara hari ini.

    Lawatan juga dihasratkan dapat menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai organisasi bank dan perkhidmatannya dan pada masa yang sama, meningkatkan hubungan kemesraan BIBD dengan masyarakat pada amnya.

    Rombongan pelajar dan guru juga mendengarkan taklimat mengenai perancangan kewangan bagi mempromosikan manfaat literasi dan persediaan kewangan pada usia muda.

    Mereka juga diperkenalkan dengan perkhidmatan BIBD Connects di Lambak dan juga cawangan BIBD NEXGEN diakhiri dengan permainan menyeronokkan di Fun Block Edutainment, Hua Ho Manggis Mall.

    Para pelajar ketika dibawa meninjau kemudahan BIBD Connects di Lambak.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda