Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    50 pendatang maut dalam treler di Texas

    SAN ANTONIO, 28 JUN – Sekurang-kurangnya 50 orang pendatang ditemui maut kelmarin di dalam dan sekitar sebuah treler besar yang ditinggalkan di tepi jalan di pinggir bandar San Antonio, Texas. Mangsa dikenal pasti berasal dari Mexico, Guatemala dan Honduras.

    Penemuan mengejutkan itu merupakan salah satu kejadian terburuk yang melibatkan pendatang di Amerika Syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia berlaku lima tahun selepas insiden maut yang berlaku di tempat yang sama iaitu beberapa jam dari sempadan Mexico.

    “Pada masa ini kami telah menguruskan 46 mayat mengikut pengasingan dan ditanda serta diisytiharkan mati,” kata Ketua Bomba San Antonio, Charles Hood kepada pemberita.

    Beliau berkata seramai 16 orang telah dihantar ke hospital dalam keadaan hidup dan sedar iaitu 12 dewasa dan empat orang kanak-kanak.

    “Pesakit yang kami lihat mempunyai reaksi panas apabila disentuh. Mereka mengalami strok haba, keletihan haba dan tiada tanda terdapatnya air di dalam kenderaan tersebut. Ia adalah treler traktor yang disejukkan tetapi tiada unit penghawa dingin yang berfungsi pada pelantar itu,” kata Hood.

    Sementara itu, pegawai melaporkan bahawa tiga orang telah ditahan berhubung kejadian tersebut.

    Awal pagi kelmarin, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata bahawa jumlah korban telah mencecah 50 orang, kebanyakannya dari negara Amerika Latin termasuk Mexico.

    “Ia ialah satu bencana malang yang besar… setakat ini terdapat 50 orang dilaporkan meninggal dunia; 22 dari Mexico, tujuh dari Guatemala, dua dari Honduras dan 19 masih tanpa maklumat tentang kewarganegaraan mereka,” kata pemimpin Mexico itu pada sidang media pagi kelmarin. – AFP

    Polis dan pihak berkaitan dilihat sedang memeriksa treler yang dilaporkan terdapat pendatang yang ditemui mati kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...