KUNDUZ, AFGHANISTAN, 8 OKT – Satu serangan bom ke atas jemaah di sebuah masjid Syiah berlaku di bandar Kunduz, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 50 orang hari ini, dalam serangan paling berdarah sejak tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara itu. Mangsa yang tercedera semasa letupan kebanyakannya adalah dari komuniti minoriti. Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut