Tuesday, February 25, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 terlibat aktiviti bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Lebih 50 orang yang terdiri daripada ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumapas dan penduduk kampung menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tunjuk Langit Kampung Lumapas, hari ini.

    Hadir menyertai dalam kempen berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Lumapas B, Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong. Turut menyertai ialah Pemangku Ketua Kampung Lumapas A, Haji Saini bin Haji Maidin.

    Dengan adanya aktiviti seumpamanya, ia dapat mengumpulkan penduduk kampung bersama belia mengamalkan gotong-royong serta memberikan keselesaan dan keselamatan kepada para pengunjung untuk menziarahi pusara. Aktiviti tersebut diadakan sempena hari kelepasan awam dan sebagai persiapan sebelum menjelang bulan Ramadan yang mana seperti lazimnya pada bulan itu ahli keluarga beramai-ramai mengambil peluang mengunjungi pusara ahli keluarga yang sudah kembali ke rahmatullah.

    Kempen berkenaan turut dihadiri oleh ahli-ahli MPK Lumapas A dan B, belia dan penduduk kampung dan bacaan tahlil dipimpin oleh Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman.

    Kempen berkenaan diselajurkan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Haji Junaidi. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS
    Antara yang menyertai kempen membersihkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Tunjuk Langit Kampung Lumapas. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS
    GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda