Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 warga BIBD hadiri Majlis Dikir Maulud

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Bagi menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, seramai 50 orang kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menghadiri Majlis Dikir Maulud di Masjid Ar Rahman, Kampung Tanjong Bunut, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, yang berkhidmat sebagai Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD.

    Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri serta ahli Badan Penasihat Syariah dan pengurusan kanan BIBD.

    Acara dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Dikir Maulud yang dipimpin oleh peserta dari BIBD.

    Majlis diserikan dengan penyampaian khas wakaf kepada Masjid Ar Rahman yang disampaikan Profesor Madya Dr Abdul Nasir bagi pihak BIBD.

    Penyampaian wakaf tersebut menunjukkan komitmen BIBD dalam menyokong masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan masjid tempatan.

    Majlis Dikir Maulud diadakan bagi menghargai dan merenung pengorbanan yang tidak terkira oleh Nabi Muhammad SAW, memupuk kasih sayang, sikap saling menghormati dan rasa syukur dalam kalangan peserta.

    Melalui majlis tersebut, BIBD terus mendukung nilai-nilai Islam dan mengukuhkan dedikasinya terhadap pembangunan kerohanian dan masyarakat.

    Awang Junaidi bergambar ramai bersama tetamu dan kakitangan BIBD pada Majlis Dikir Maulud baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    Profesor Madya Dr Abdul Nasir bersama tetamu yang lain pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda