Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    500 mangsa kebakaran dipindah

    SEOUL, 20 JAN – Kebakaran besar berlaku di salah sebuah kawasan setinggan terakhir di ibu negara Korea Selatan hari ini, memaksa 500 orang meninggalkan rumah mereka menjelang cuti Tahun Baharu China, kata pihak berkuasa.

    Video yang telah tular menunjukkan api membakar di perkampungan Guryong, sebuah pekan setinggan disebalik bayang-bayang menara mewah di daerah Gangnam, Seoul, yang terkenal dengan lagu hit global milik penyanyi rap Psy “Gangnam Style”.

    Kebakaran yang bermula kira-kira jam 6:30 pagi itu dipercayai telah membakar sekitar 60 rumah, namun dapat dipadamkan sekitar tengah hari, menurut pihak berkuasa.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih belum diketahui, tambah mereka.

    “Kami sedang memutuskan sama ada untuk menjalankan siasatan tambahan ke atas kes itu atau tidak,” kata Choi Jae-Young, seorang pegawai dari Ibu Pejabat Bomba dan Bpencana Metropolitan Seoul, kepada AFP.

    Penduduk berkata mereka tidak terkejut dengan kebakaran itu kerana kerap terjadi.

    “Terdapat banyak isu keselamatan yang boleh melibatkan kebakaran, dan pihak berkuasa tidak mengendahkan dengan memberi perhatian isu tersebut,” Lee Woon-chul, 65, yang telah tinggal di kampung itu selama 30 tahun, memberitahu AFP.

    “Rumah-rumah itu sangat usang, dan wayar elektrik berbahaya tidak terurus. Percikan api di dalam rumah adalah perkara biasa,” katanya. – AFP

    Helikopter bomba cuba memadamkan kebakaran di perkampungan Guryong, salah satu kawasan setinggan terakhir Korea Selatan, di selatan Seoul. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda