Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    500 tan bekalan Rohingya diserah kepada Myanmar

    YANGON, Myanmar, 9 Feb – Sebanyak 500 tan bekalan makanan dan keperluan bernilai RM5 juta diserahkan kepada kerajaan Myanmar hari ini untuk diagih kepada etnik Rohingya di Rakhine.

    Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan memastikan bekalan itu diterima oleh komuniti Rohingya di Myanmar.

    “Saya yakin dengan sikap keterbukaan Myanmar dan (misi) ini satu kejayaan besar.

    “Wilayah Rakhine memang memerlukan bantuan ini, penghantaran bantuan akan diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di Myanmar dan ini prosedur operasi standard biasa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan bantuan itu di Terminal Antarabangsa Thilawa, Yangon di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda