KOKOPO, 27 JUN – Abu menyelubungi sebuah pekan di Papua New Guinea susulan letusan gunung berapi yang memaksa kira-kira 5,000 penduduk meninggalkan rumah mereka.
Gunung Ulawun, antara paling bahaya di dunia, mula mengeluarkan lahar dan asap tinggi ke udara semalam. Pemimpin komuniti tempatan, Chris Lagisa, berkata penduduk berkumpul di dewan gereja untuk berpindah dengan lori, trak dan kenderaan pacuan empat roda, membawa bungkusan dipenuhi barangan mereka.
Di wilayah berhampiran ibu kota Kimbe, asap kelabu menjulang setinggi lebih 13 kilometer, menjadikan keadaan gelap, dan mula jatuh ke atas kereta dan rumah. Penduduk di laluan gunung berapi dinasihatkan mengambil langkah mengelak daripada debu, yang boleh menyebabkan masalah pernafasan, sakit mata dan masalah kulit. – AFP
