Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5,000 larikan diri daripada serangan geng

    PORT-AU-PRINCE, 22 OKT – Kira-kira dua wanita, termasuk seorang yang hamil lapan bulan, terbunuh dan 5,000 orang kehilangan tempat tinggal apabila kumpulan geng Haiti menyerang kawasan kejiranan di ibu negara Caribbean, menurut agensi Perlindungan Awam negara itu kelmarin.

    Haiti telah lama dibelenggu keganasan kumpulan, tetapi pertempuran semakin memuncak dalam beberapa bulan kebelakangan ini, memburukkan lagi krisis kemanusiaan, keselamatan dan politik negara itu.

    Menurut laporan separa yang diberikan kepada AFP, kedua-dua wanita itu terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan geng yang bernaung di bawah gabungan Viv Ansanm di daerah Solino selatan.

    “Mereka dibunuh di dalam rumah me-reka,” kata laporan Perlindungan Awam, yang turut menggambarkan rumah dan kenderaan yang terbakar.

    Geng-geng itu telah menyasarkan beberapa kawasan di Port-au-Prince sejak awal bulan ini, dan serangan diteruskan di Solino petang kelmarin.

    Kepulan asap tebal dari rumah-rumah yang dibakar oleh kumpulan geng dapat dilihat dari kawasan kejiranan.

    Geng-geng itu juga menyerang sebuah sekolah di komune L’Estere, di mana mereka membunuh ibu bapa dan mencederakan beberapa pelajar sekolah. – AFP

    Askar meronda di tengah-tengah bunyi tembakan yang kedengaran di Port-au-Prince, Haiti pada 17 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda