Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    50,000 ayam dimusnahkan

    COPENHAGEN, 3 JAN – Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu baru-baru ini.

    “Ayam itu dijangkiti virus H5N1 yang mudah merebak dan boleh menyebabkan kematian. Kami akan memusnahkan 50,000 ekor ayam dalam tempoh beberapa hari akan datang,” kata ketua bahagian  Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark (DVFA), Lotte Brink, lapor Xinhua.

    Virus itu pertama kali dikesan pada malam tahun baharu apabila beberapa ekor ayam ditemukan mati di sebuah ladang berhampiran bandar Orum di Perbandaran Hedensted, kira-kira 177 kilometer barat Copenhagen. 

    Semua ayam yang dijangkiti dijangka dihapuskan oleh DVFA dan Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark (DEMA) diikuti dengan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di seluruh kawasan ladang.

    Pada Isnin, DVFA telah menyenaraikan kawasan yang berada dalam lingkungan 10 kilometer dari ladang itu sebagai Zon Larangan, sebarang pe-ngeluaran telur atau ayam tanpa permit dilarang sama sekali. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda