TOKYO, 5 JAN – Pihak berkuasa Jepun mula memusnahkan sekitar 50,000 ayam hari ini selepas berlaku wabak selesema burung di sebuah ladang di wilayah utara Iwate.
Itu adalah wabak selesema burung ke-19 musim ini di Jepun, kata kementerian pertanian negara itu.
Ladang terkini melaporkan peningkatan kematian ayam unggas dan hasil ujian hari ini mengesahkan bahawa selesema burung adalah punca kematian, tambah kementerian tersebut.
Susulan itu, 50,000 ayam telah dimusnahkan di ladang tersebut, menurut kerajaan wilayah Iwate.
Iwate juga melarang pergerakan 170,000 burung di dua ladang lain dalam radius tiga kilometer.
Sebanyaj 3.8 juta burung yang disimpan dalam jarak 10 kilometer dari ladang yang dijangkiti akan kekal berada dalam zon kawalan buat sementara waktu.
Pada Khamis, sebuah ladang lain di Iwate dan sebuah firma di wilayah tengah Aichi turut dilanda wabak dan memulakan pemusnahan terhadap 120,000 dan 147,000 ekor burung.
Manakala pada 29 Disember, satu lagi wabak disahkan di sebuah ladang di timur Ibaraki, yang menyebabkan pemusnahan 1.08 juta burung di sana. – AFP