Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    50,000 rumah runtuh di Maghribi

    RABAT, 15 SEPT – Sekurang-kurangnya 50,000 rumah ranap atau runtuh sebahagian dalam gempa bumi di Maghribi pada Jumaat.

    Susulan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Mohammed VI, Mahkamah Diraja Maghribi, dalam kenyataan berkata kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu, lapor Agensi Anadolu.

    Bantuan kewangan langsung sebanyak 140,000 dirham (kira-kira AS$14,000) akan diberikan untuk rumah yang roboh sepenuhnya dan 80,000 dirham (kira-kira AS$8,000) untuk rumah yang sebahagiannya runtuh, menurut kenyataan itu.

    Sekurang-kurangnya 2,946 orang terbunuh dan 5,674 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran tujuh pada skala Richter yang melanda Maghribi itu. 

    Gempa bumi itu adalah yang paling kuat melanda negara Afrika Utara itu dalam tempoh seabad, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi. – Bernama

    Pemandangan kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi di sebuah kampung, di luar Marrakech, Maghribi. – AP.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda