Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    500,000 euro ditemui dalam beg pakaian

    PARIS, 30 SEPT – Polis Perancis sedang menyiasat penemuan bermisteri berhubung wang tunai berjumlah lebih setengah juta euro yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di bilik bawah tanah yang dikunci di bawah sebuah apartmen Paris.

    Apartmen itu dijual oleh seorang wanita yang mewarisinya dari ibunya baru-baru ini.

    “Kami belum selesai mengira. Namun terdapat di antara 500,000 dan 600,000 euro dalam wang kertas bernilai 50, 100 dan 500 euro, beritahu sumber yang rapat dengan siasatan jenayah yang dilancarkan dalam penemuan besar itu kepada AFP hari ini.

    Pemilik apartmen, wanita dalam umur 50an, mewarisi pangsapuri di pinggir bandar Paris dari ibunya pada tahun ini, menurut akhbar Parisien.

    Beliau berjumpa dengan ejen hartanah untuk menilai harta itu. Apabila ejen tiba untuk memeriksa bilik bawah tanah, mereka mendapati ia dikunci.

    Selepas gagal menjejaki orang yang telah mengambil alih bilik bawah tanah itu, pemilik pangsapuri menghubungi tukang kunci.

    Kebanyakan apartmen di Paris datang bersama bilik di bawah bangunan, yang membantu mengganti bangunan yang sesak di bandar yang mempunyai penduduk padat itu.

    Apabila ejen hartanah kembali untuk memeriksa bilik itu, mereka menemui beg pakaian yang penuh dengan wang tunai tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda