Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    500,000 pil perangsang berjaya dirampas di Myanmar

    YANGON, 7 JULAI – Polis Myanmar berjaya merampas 500,000 pil perangsang di negeri Shan di timur Myanmar, menurut kenyataan Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC), semalam.

    Berdasarkan maklumat daripada orang awam, pasukan khas anti-narkotik memeriksa seorang suspek di jalan Pyihtaungsu di Perbandaran Taunggyi pada 4 Julai dan menemui dadah tersebut di dalam kotak kertas yang dibawa oleh suspek, menurut kenyataan itu.

    Dadah yang dirampas itu dianggarkan mempunyai nilai di pasaran gelap kira-kira AS$119,047, tambahnya.

    Dua suspek yang terlibat dalam kes pengedaran dadah itu telah didakwa di bawah Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik di negara Asia Tenggara itu, sementara siasatan lanjut masih dijalankan, menurut CCDAC. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda