Monday, January 6, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    51 mayat ahli ajaran sesat ditemui

    MALINDI, 24 APRIL – Polis Kenya meneruskan pencarian yang mengerikan semalam di sebuah hutan di timur negara itu di mana mayat 51 orang yang disyaki ahli kumpulan ajaran sesat telah digali dari kubur cetek.

    Polis berkata pencarian di pedalaman dari Malindi diteruskan bukan sahaja untuk mencari mayat tetapi juga untuk mencari kemungkinan mangsa hidup yang terselamat dari gerakan dengan ketuanya dipercayai meng-arahkan pengikutnya berlapar untuk ‘bertemu dengan Tuhan’.

    Satu siasatan menyeluruh telah dilancarkan terhadap Gereja Antarabangsa Berita Baik dan ketuanya sejak polis menggeledah hutan di Shakahola dan menemui mayat pertama minggu lalu.

    Pada hujung minggu, puluhan lagi mayat ditemui dan kawasan hutan seluas 800 ekar diisytiharkan sebagai tempat jenayah ketika pihak berkuasa berusaha untuk memahami skala sebenar apa yang dipanggil Pembunuhan Beramai-ramai Hutan Shakahola.

    Ketua Polis Negara, Japhet Koome dijangka melawat tapak tersebut hari ini di mana pasukan yang memakai pakaian perlindungan sedang mencari lebih banyak kubur dan ahli ajaran sesat yang masih hidup.

    Timbul kebimbangan beberapa anggota mungkin bersembunyi daripada pihak berkuasa di hutan belukar dan berisiko mati jika tidak ditemui dengan cepat. – AFP

    Polis dan penduduk tempatan mengusung mayat mangsa pemujaan agama yang digali ke belakang trak di perkampungan Shakahola, di selatan Kenya pada 23 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda