Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    51 paus mati terdampar di Australia Barat

    SYDNEY, 26 JULAI – Jabatan Biodiversiti, Pemuliharaan dan Daya Tarikan (DBCA) Australia Barat hari ini mengesahkan kematian 51 ikan paus yang terdampar di Pantai Cheynes di barat daya negeri itu, lapor Xinhua.

    “Kakitangan Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar bekerjasama dengan sukarelawan berdaftar dan organisasi lain untuk cuba menyelamatkan baki 46 ikan paus dengan membawanya ke perairan yang lebih dalam pada siang hari,” menurut jabatan itu.

    Jabatan itu juga menggesa orang ramai supaya menjauhi pantai untuk keselamatan mereka.

    Cheynes Beach Caravan Park berkata DBCA telah menubuhkan pasukan pengurusan insiden.

    “Kakitangan berpengalaman dari DBCA, termasuk doktor haiwan Zoo Perth dan pakar fauna marin, bersama peralatan khusus, termasuk kapal dan anduh telah dikerah,” menurut hantaran terkini taman itu di media sosial.

    Pada pagi semalam, DBCA menerima laporan sekumpulan besar ikan paus bersirip panjang berkumpul kira-kira 150 meter dari Pantai Cheynes.

    Berikutan insiden itu, kerajaan mengeluarkan amaran kerana haiwan yang mati dan cedera mungkin menarik jerung menghampiri pantai. – Bernama

    Gambar serahan Jabatan Biodiversiti dan Pemuliharaan menunjukkan anggota penyelamat berusaha menyelamatkan ikan paus kelmarin di Pantai Cheynes, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda