Tuesday, January 7, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    51 sertai pertandingan berbasikal

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 MAC – Seramai 51 penunggang basikal menyertai Pertandingan Berbasikal Kriterium Lumut 2024 yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Pekan Kuala Belait, dan RPN Lumut, dengan kerjasama Kelab Basikal Belait dan AQRace Timing, di litar melintas di jalan-jalan RPN Kampung Lumut pada awal pagi, kelmarin.

    Antara lain tujuan acara itu diadakan ialah untuk membantu menggalakkan gaya hidup sihat. Sekali gus menyediakan platform untuk peminat basikal bertukar fikiran dan berkongsi minat mereka serta memperbaiki diri dengan bersaing antara penunggang basikal lain yang sama mahir dalam semangat kesukanan.

    Pertandingan tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu Wanita, Veteran (40-49 Tahun), Master (50 tahun ke atas) dan Kategori Terbuka. Peserta-peserta tersebut berjaya menamatkan 15 pusingan merentasi litar 3 kilometer (km) yang keseluruhannya 45km, sebagai ujian stamina mereka.

    Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Kumpulan YMRM, Hitesh R Bhawnani, yang menaja beberapa hadiah dan trofi pertandingan. Beliau diiringi oleh Pemangku Ketua Kampung Pekan Kuala Belait B dan salah seorang AJK pertandingan, Mohammad Sufrizal bin Haji Hamdan.

    Antara acara kemuncak kejohanan itu ialah Kategori Terbuka yang dimenangi oleh Muhammad Zulhaffiz Zarriq bin Haji Ranee manakala Luqman bin Hadzid dan Muhammad Azwar bin Muhammad Hairolrani masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

    Anugerah khas juga turut disampaikan kepada Muhammad Azwar yang berjaya mencatat masa pusingan terpantas pertandingan dengan masa 4:11.667, walaupun menduduki tempat ketiga dalam Kategori Terbuka.

    Gambar ramai para peserta yang menyertai pertandingan tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda