Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    510 banduan wanita dijangkiti COVID-19

    HOUSTON, 22 JULAI – Jumlah kes COVID-19 disahkan di sebuah penjara di selatan Texas Amerika Syarikat (AS) meningkat mendadak kepada 510 semalam, lapor agensi berita Xinhua, memetik Biro Penjara.

    Lebih 500 wanita positif COVID-19 di penjara Federal Medical Center-Carswell di Fort Worth, bandar kelima terbesar di Texas.

    Tiga minggu lalu, penjara itu hanya mencatatkan tiga kes COVID-19. Kematian pertama dilaporkan pada April dan kedua pada 12 Julai.

    Media tempatan melaporkan penjara wanita itu dihuni oleh banduan yang mempunyai masalah kesihatan dan mental, kini menempatkan sekitar 1,357 tahanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda