SINGAPURA, 4 JUN – Singapura hari ini mengesahkan 517 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini 36,922 kes.
Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura memaklumkan data awal pada tengah hari menunjukkan kebanyakan kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
“Berdasarkan siasatan kami, setakat ini terdapat 15 kes dalam komuniti yang melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap negara itu serta 13 pemegangpas kerja.
“Kesemua 15 kes kontak rapat kes positif sebelum ini dan telah dikuarantin. Mereka semua asimptomatik, dan kami perlu menjalankan ujian swab ke atas mereka bagi mengesahkan status mereka,” jelasnya.
Menurut MOH, perincian kes-kes tersebut sedang disediakan dan hasilnya akan dimaklumkan kemudian. – Bernama